Mengisi Permohonan Murid Tahun 1 KPM Sesi 2023/2024

10 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022. Pada 9 Mac 2022 (Rabu), Puan Masyitah telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda untuk menggunakan perkhidmatan komputer yang mempunyai capaian internet.

Tujuannya adalah untuk mengisi pendaftaran baru bagi kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan 2023/2024. Puan Masyitah turut mendapatkan bantuan tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk menggunakan laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendaftaran tersebut telah berjaya dihantar secara dalam talian. Pihak PEDi sedia membantu penduduk di sekitar PPR Batu Muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali